Happy Monster
Assalamualaikum wbt, thank you for coming to my simple blog. Mistakes are meant for learning, not repeating. :)

Shoutbox

Maafkanku Mesir .
Aku tidak mampu untuk sampai ke Dataran Raba'ahmu,
Aku tidak dapat berjihad bersama anak watanmu,
Aku tidak berpeluang mengangkat senjata bersama pejuangmu .

Maafkanku Mesir,
Hanya ini yang aku mampu,
Berkumpul berhimpun berdoa untukmu,
Bersama denyut nadi jihadmu kami bersatu,
Darahmu darah kami,
Maruahmu maruah kami,
Kehormatanmu kehormatan kami .

Kami berdoa untukmu,
Hanya doa yang mampu kuutuskan untukmu .

Maafkanku Mesir .



JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS  : Jawabnya HALAL.. Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat ! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB ke atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM 2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, 'Yang ni awak bayar'. Hukumnya HARAM .

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan isteri kata, 'Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar'. Ini baru boleh. :)

Ramai suami-suami yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. 'Yang ni awak bayar, yang itu saya bayar'.

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh . :)

Macam mana dengan duit isteri yang suami guna selama ini ? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan . 

SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERO BELANJAKAN DUIT TERSEBUT. 

Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, ' Ooooo.. kalau macam tu teruk la. '

Mana boleh.. ' Jawapannya senang, kalau dah tak boleh, jangan kahwin .'

The End ~

*macam bercerita pula.. XD*
Aku juga hanya manusia biasa yang mempunyai kehidupan yang biasa juga. Jadi, selain daripada cerita-cerita pasal Islam, saya ingin menceritakan juga pasal ' Adik Tiri ' baru saya .


Actually, tak delah baru sangat. Lebih kurang 5 bulan dah dia bersama saya sekeluarga . Adik tiri saya, tiada latar belakang, berasal daripada Selayang . Tidak beribu, tidak berbapa .

Hiba hati ini melihat wajah polosnya itu. Wajah yang baru hendak mengenal dunia. Dia sangat comel, pada mulanya berkurap dan kini sudah sihat sepenuhnya .

Dialah MIORI , kucing kesayangan kami :) . Nak masukkan gambar dia, tapi USB tak jumpa pulak . Tengoklah kalau-kalau ada rezeki, saya masukkan .

MIORI . Nama yang ala-ala korea itu diberi bersempena dengan nama tuan yang memberi kucing itu kepada kakak ku, Meor . Meor menjumpai Miori, lalu diberikan kepada kakakku. Oleh sebab kasihan, kakakku and the gang memeliharanya. Then, dia dihantar ke rumah . :)

Miori ni kucing yang unik. Warna yang senang di jumpai di kaki lima jalan . *kutuk kucing sendiri X)*. Sangat manja, comel, ganas, dan memahami. Daripada kecik duduk dengan saya sekeluarga, tak mustahil dia sudah memahami bahasa manusia, cuma dia masih ber'miaw' belum boleh bercakap lagi .

Lelangit kucing saya berwarna hitam. *dia tidak merokok ya. Natural .* Atas kepala dia ada pusaran, agak susah nak terangkan, tak de gambar. So, abaikan . :)

Sering mengejutkan kami bangun subuh tepat pada waktunya. Dikira macam jam loceng la. Cara kejut dia, dengan menggigit. Agak biadap disitu. X'). Saya panggil dia tak pernah datang. *Sedih*. Maybe dia tak suka nama tu ? Entaahlah. Kalau nak panggil dia kena ada makanan di tangan/ ada benda di tangan untuk diajak bermain dengan dia.

Lagi satu, salah satu cara nak panggil Miori, bukak pintu, dia akan lari bagai cheetah untuk keluar kemudian tutup pintu tu . Bunyi agak macam memainkan perasaan kucing tu, tapi dah itu je cara nak panggil dia. Maafkan saya Miori.. :')

Rasanya tu je la kot nak diceritakan pasal Adik Tiri baaruuu.. Ada sesiapa yang ingat adik tiri saya manusia ?   Maaf. :) 


Assalamualaikum uols , :)


Entry kali ini kita belajar bahasa syurga iaitu bahasa arab . Saya tidaklah tahu sangat bahasa arab ni, sikit-sikit tu taulah, so, sikit-sikit tu lah saya nak kongsikan dengan anda semua . :D

tetiba terasa sangat excited nak kongsikan . :') . Ok, untuk tidak membuang masa, kita mulakan sekarang ! :)

  1. SALAM UKHWAH FILLAH - salam persahabatan kerana Allah .
  2. UKHTI - kakak atau saudara perempuan .
  3. AKHI - abang atau saudara lelaki .
  4. ZAUJ - suami .
  5. ZAUJAH - isteri .
  6. ANA ASSIF JIDDAN - saya mintak maaf sangat-sangat . 
  7. SYUKRAN / AFWAN - terima-kasih / sama-sama .
  8. UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya .
  9. FA'IZA 'AZAMTA FATAWAKKAL'ALLALLAH - setelah saudara berazam maka bertawakallah kepada Allah .
  10. INNI AKHAFULLAH - sesungguhnya aku takutkan Allah .
  11. MAFI QALBI GHAIRULLAH - tiada apa di dalam hatiku selain Allah .
  12. LAU SAMAHTA - excuse me .
  13. NALTAQI GHADAN - kita jumpa lagi esok .
  14. ILALLIQA' - bye-bye / moga bertemu lagi .
  15. SYAFAKALLAH - moga Allah menyembuhkan awak - ( LELAKI )
  16. SYAFAKILLAH - moga Allah menyembukan awak - ( PEREMPUAN )
  17. TAFADHOL - silakan .
  18. LA AADRI - saya tak tahu .
  19. MA FI MUSYKILAH - tiada masalah
  20. BITAUFIQ WANNAJAH - semoga mencapai kejayaan .
  21. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA - semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu .
  22. WA IYAAKA - dan ke atas kamu juga ( jawapan untuk JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA / ALLAHUKHAIRUJAZA' - Allah adalah sebaik-baik pemberi )
  23. FAHIMTUM - adakah anda faham ?
  24. FAHIMANA - kami telah faham
  25. SOBAHALKHAIR - selamat pagi .
  26. IJTAHID WALA TAKSAL - bersungguh-sungguh dan janganlah kamu malas .
  27. LA TAHZAN - jangan bersedih INNALLAHA MAANA - sesungguhnya Allah bersamamu .
  28. KAFAA BILMAUTI WAA-'IZHAN - cukuplah kematian itu menjadi peringatan .
  29. BI IDZNILLAH, IN SHAA ALLAH KULL KHAYR! AAMIIN. BARAKALLAHU FIEK - dengan izin Allah, in shaa Allah semuanya baik ! aamiin, semoga Allah merahmati kamu .
  30. MASA UL KHAIR - selamat petang .
  31. TUSHIBU 'ALAL KHAIR - selamat malam .
  32. NA'AM - ya .
  33. LA - tidak .
  34. YALLAH YALLAH BISUR'AH - mari-mari cepat . ( lekas2 )
  35. ISMAHLI YA USTAZ/ USTAZAH, URIDU AN AZHABU ILAL DAURATUL MIAH ? - tumpang tanya wahai ustaz/ustazah, bolehkah saya ingin ke bilik air ? ( * ISTA'ZUNU juga boleh digantikan dengan ISMAHLI yang bermaksud 'Saya ingin meminta kebenaran )
  36. SANAH HELWAH -  Selamat Hari Lahir .
  37. ANA AIDON - saya juga . 
  38. MAAS SALAMAH - selamat tinggal .
  39. ALAA KHOIRIN WA AFIYYAH - dalam keadaan baik dan sihat .
  40. NIN SAIN? - kamu ada dimana ?
  41. AYYUHIDMA ALAIK - apa yang boleh saya bantu ?
  42. BARAKALLAHU FIK - semoga Allah memberkati kamu .
  43. DA'IE - pendakwah
  44. ALLAH GHOYATUNA - Allah tujuan kami .
  45. AR-RASUL QUDWATUNA - Rasul teladan kami .
  46. AL-QURAN DUSTURNA - Al-Quran panduan kami .
  47. AL- JIHAD SABIILUNA - jihad jalan kami .
  48. AL-MAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA - syahid cita tertinggi kami .
  49. INNALLAHA MA'ANA - sesungguhnya Allah bersama kamu .
  50. ANA UHIBBU - saya suka / saya cintakan . ( anta/anti - awak lelaki / awak perempuan )
  51. AHABBAKA ILAZI AHBABTANIY LAH - semoga Allah mencintaimu, yang Dialah membuat engkau mencintaiku keranaNya .
sesungguhnya yang baik itu, datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya dari salah saya sendiri, jika ada apa-apa kesalahan dalam bahasa arab ini, maafkan saya . :)



RELATIONSHIPS ARE HARDER NOW BECAUSE CONVERSATIONS BECOME TEXTS, ARGUMENTS BECOMES PHONE CALLS, & FEELINGS BECOME STATUSES & TWEETS .
GrayStencil . Chocolettha . TFN . GWFOlder Post