Happy Monster
Assalamualaikum wbt, thank you for coming to my simple blog. Mistakes are meant for learning, not repeating. :)

Shoutbox

Assalamualaikum wbt, JANGAN BUNUH SEMUT !

aik ? kenapa tetiba jangan bunuh semut ? cecite ceciter . Ok, disini saya ingin membuat sedikit perkongsian daripada rakan Facebook saya, punya rakan , punya rakan, punya rakan.. Jadi ini resipi turun termurun .

Berbalik kepada point asal saya, jangan bunuh semut, kenapa ? warghhh guruh dah berbunyi di tempatku, mungkin tidak sabar dan ingin tahu kenapa jangan bunuh semut itu ? :)

JANGAN BUNUH SEMUT ! Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah anda seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan besar Rasulullah saw *selawat :)* dulu kita ucapkanlah apabila bertemu dengan semut : 

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman as. Ini rumahku . Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah SWT yang sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat "
Jika kita tidak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/shieldtox/ bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman as, sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman as.

Semut-semut ini juga serangga yang sentiasa berzikir kepada Allah SWT sepanjang masa. Kisah semut pun ada di dalam Al-Quran, Surah An-Naml ^^, Cintai Rasulullah saw dengan mengamalkan sunnahnya. Selamat Mencuba.

Pedulikan apa orang cakap kat kita " Hang pa ni gila ka ? cakap dengan semut suruh keluar. Sapu je la. Bersih terus." Kalau awak rasa nak marah, tahan, biarkan apa orang yang gila tu bercakap. Ataupun suggestkan baca blog saya *haha, amik kesempatan. joke :)* . Awak hanya perlu senyum kepada mereka yang kata awak gila .

Ataupun, awak bayangkanlah, "kalau ler aku mati time marah-marah ni " . Itu Cikgu Zaki habaq kat saya dalam sebuah dialog  :

Saya  : Cikgu, kenapa cikgu tak pernah marah-marah ?
Cikgu : Hehehe . *tersengih*
Saya  : Erk ? kenapa cikgu ? *muka tak faham kenapa cikgu tersengih*
Cikgu : Saya tak marah-marah sebab takut semasa saya marah-marah, Allah tarik nyawa saya, sia-sia je. :)
Saya  : Ouuhhh *senyum berpuas hati dengan jawapan yang diberi*

Itu je entry untuk kali ini. Sebelum-sebelum ni ada gambar, saya padam. Mak saya cakap " Hang buat lah blog. Kakak hang buat dapat 50 sen. Hang cuba naa." dan aku pun mencubanya. :)
Newer Post GrayStencil . Chocolettha . TFN . GWFOlder Post